Saturday, May 26, 2012

Puisi Buat Kamu

Cerita itu bermula pada suatu ketika
Saat insan itu gundah gulana
Mencari diri di mana silapnya
Tertutup bicara demikian rupa

Hadirnya teman tidak diduga
Tertanya - tanya siapakah dia
Datang menjelma di depan mata
Berikan khabar gembira indah susunannya

Teman bicara bergelak ketawa
Tidak disangka ini hikmahnya
Permulaan memori alkisah bahagia
Tersusun indah tintanya bermula

Kamu teman merawat duka
Ceritalah apa saja kamu punya jawapannya
Kamu terindah kamu teristimewa
Semoga pengakhirannya baik - baik belaka

Semangat membara itu yang nyata
Nasihat kamu kemas dalam jiwa
Kamu insan tulus berbicara
Baik atau buruk kamu genggam ia

Kamu teman insan teristimewa
Alkisah ini penamatnya masih tiada
Semoga tuhan panjangkan jodoh kita
Tautkan ikatan hingga di hujung sana


Tuesday, May 15, 2012

Ini Kehidupan Aku...

Ini kehidupan aku
Hidup yang aku sendiri pilih
Mahu putih atau hitam
Bergelumang dengan litar
Itu bahagian aku

Ini kehidupan aku
Sukar mahupun tidak
Ini yang aku ingini
Mahu berpatah arang
Jujur aku tidak mahu

Ini kehidupan aku
Jalan hidup aku pilih
Bila aku jatuh
Aku belajar bangkit sendiri
Tanpa mengharap simpati insan lain

Ini kehidupan aku
Aturan masa yang diberi Ilahi
Kesempatan buat aku menuntut ilmu
Perlukah aku undur
Tidak aku sebelum bertempur


Monday, April 30, 2012

Andai...

Andai resah melanda
Pada siapa harus dipinta
Bukan pada manusia pastinya
Tapi pada Allah semata - mata

Andai diri terasa berduka
Al - Quran dan solat penenang jiwa
Ilmu Allah sempurna di dalam sana
Tinggal kita untuk mengamalkannya

Andai bahagia itu milik kita
Ucapkan syukur kepadaNya
Terima kasih untuk segala
Tapi awas jangan sesekali kamu alpa


Percaya walau sehebat manapun ujian yang melanda, itu semua punya rahsia... Rahsia Allah buat kita... Percaya juga setiap kegembiraan yang diberikan adalah ganjaran Allah pada kita... Untuk itu, tiada sebab untuk kita meratap hiba mahupun menyalahkan takdir yang tercipta... Bukan juga alasan untuk kita terus bergembira sehingga kita leka di dunia semata - mata...


Related Posts with Thumbnails